Rimba Cook Off x Zara Food – Competition

  • 6 July 2025
  • Sireh Park, Iskandar Puteri

This event has expired

Rimba Cook Off x Zara Food – Competition

Jom Isi Hujung Minggu Kita Dengan Aktiviti Menarik Bersama Keluarga!

Sertai Pertandingan Memasak Outdoor kami dan rebut peluang nak menang ‘Exclusive Hamper’ daripada , ZARA FOOD SDN BHD dan Wang Tunai bernilai RM500!

📅 Tarikh: 6 Julai 2025
📍 Tempat: Tapak Ekspo, Sireh Park Iskandar Puteri, Johor
⏰ Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang
💰 Yuran Penyertaan: RM40 / Pendaftaran (Setiap kumpulan: 2–4 orang)

Pertandingan ini adalah aktiviti RIMBA X FESTIVAL 2025 dan dibawakan khas oleh penaja utama kami, ZARA FOOD SDN BHD.

ATURCARA PERTANDINGAN:

10:00 PAGIPendaftaran & Persediaan
10:45 PAGITaklimat Acara
11:00 PAGIMemasak Bermula
12:30 PETANG Memasak Berakhir
01.30 PETANG Pengumuman Pemenang

Terma & Syarat Penyertaan

1- Barang Yang Disediakan Oleh Penganjur
Setiap kumpulan akan menerima:
🧺 Apa yang disediakan dalam Cook Off Basket?

  • ✅ Ayam (protein, yang akan diberikan secara rawak kepada setiap kumpulan)
  • ✅ 11 jenis condiments dari Zara Food — sos, kicap, taucu, kaya & banyak lagi!
  • ✅ Dry noodle
  • ✅ Sayur-sayuran
  • ✅ Bawang, garlic, halia, serai, ubi kentang
  • ✅ Serbuk kunyit, kari, cili
  • ✅ Garam, gula, lada hitam
  • ✅ Stesen memasak – 1 meja (saiz: 8 kaki x 5 kaki)
  • ✅ Semua peralatan memasak dan keperluan asas disediakan sepenuhnya oleh pihak penganjur

2- Barang Yang TIDAK DIBENARKAN:
Bagi memastikan keadilan pertandingan, peserta TIDAK dibenarkan membawa:

  • ❌ Sebarang bahan yang TELAH DIMASAK atau sedia dimakan
  • ❌ Peralatan elektrik (seperti air fryer, blender, periuk nasi dan lain-lain)

3- Peraturan & Keselamatan

  • ✅Semua peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan semula setelah acara tamat.
  • ✅Makanan di masak sepenuhnya di tapak acara, bermula dari bahan mentah. Penggunaan pes dibenarkan.
  • ✅Barangan elektrik tidak dibenarkan.
  • ✅Keputusan juri adalah muktamad.
  • ✅Sila pastikan kawasan anda bersih.
  • ✅Tingkah laku tidak selamat atau penggunaan barangan terlarang boleh mengakibatkan penyertaan dibatalkan.
  • ✅Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mestilah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.
  • Time : 9:30 AM - 12:05 PM (Asia/Kuala_Lumpur)
Scroll to Top